Tumpuan :
Nasional

PM harap pentadbiran Trump bawa impak positif kepada geopolitik dunia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Foto fail NSTP

BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sesuatu yang baik daripada kemenangan Presiden Terpilih Donald Trump, bukan saja dalam hubungan dua hala dan perdagangan tetapi geopolitik dunia.

“Kita akan sambut baik kalau sikap Amerika positif ke arah kedamaian bagi menghentikan serangan ganas Israel ke atas Gaza dan mengiktiraf hak mutlak dan sahih rakyat Palestin,” kata Perdana Menteri dalam sidang media sempena lawatan kerja beliau ke Beijing.

Anwar juga mengharapkan Trump dapat mencari kaedah mendamaikan konflik di Ukraine, sekali gus membantu dalam menyelesaikan kemelut ekonomi dunia.

Trump, 78, memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang diadakan pada 5 Nov, setelah berjaya melepasi angka 270 undi Badan Pewakilan Pemilih, menewaskan calon Demokrat Kamala Harris.

Kemenangan ini juga menandakan kali kedua Trump kembali menjadi Presiden Amerika Syarikat. Beliau memegang jawatan itu buat pertama kalinya pada penggal 2017 hingga 2021.

–BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini