Tumpuan :
Nasional

PM hargai sumbangan UMNO – Zahid Hamidi

FOTO: NSTP

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KLANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa menghargai sumbangan UMNO yang ketika ini bersama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia dibuktikan melalui pelantikan tujuh menteri penuh daripada parti berkenaan.

“DAP yang mempunyai kerusi lebih daripada kita, mereka hanya mempunyai 5 menteri penuh ertinya Perdana Menteri memberikan penghargaan kepada kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja, hari ini.

“Janganlah kita di akar umbi menganggap yang 7 ini seolah-olah kita dominan, seolah-olah kita mempunyai kuasa sepenuhnya untuk melayani semua permintaan,” tambahnya ahli UMNO  di akar umbi perlu memahami realiti politik baharu ketika ini.

“Kita mesti mengukur baju di badan sendiri, saya mengingatkan jaga Kerajaan Perpaduan ini baik-baik,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini