comscore
Tumpuan :
Nasional

PM Lawat HPKK UKM Cheras

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi melawat Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK), UKM Cheras.

Beliau diiringi Pengarah HPP, Professor Dr Syed Zulkifki Syed Zakaria.

Dalam lawatannya, Tan Sri Muhyiddin diberi taklimat berkenaan fasiliti unit berkenaan yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya bagi menerima pesakit COVID-19 tahap 3 dan 4 Selasa depan.

Beliau turut meluangkan masa melihat pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM).

Bermula Mac lalu HTCM telah memberi vaksin kepada petugas barisan hadapan dan seterusnya menubuhkan PPV Khas untuk pemberian vaksin kepada pesakit hospital pada Mei lalu.

Turut ditubuhkan PPV pandu lalu bagi mempertingkatkan pemberian vaksin secara efektif dan mencapai imuniti kelompok pada kadar yang cepat.

Loading...
Terkini