comscore
Tumpuan :
Nasional

PM lawat Petronas, dengar taklimat industri minyak, gas negara

Anwar (tengah) pada majlis taklimat di Menara Berkembar Petronas hari ini. Foto ihsan FB Anwar.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja ke Petronas di Menara Berkembar Petronas dan diberi taklimat berhubung industri minyak dan gas oleh syarikat petroleum nasional itu.

Perdana Menteri berkata taklimat turut menyentuh berhubung perencanaan dan strategi masa depan Petronas dalam usaha menghasilkan sumber pertumbuhan baharu yang lebih lestari dan bertanggungjawab.

“Saya juga mengadakan pertemuan dan perbincangan berasingan bersama Ahli Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan untuk mendengar perkembangan terkini mengenai tugasan dilaksanakan.

“Didoakan Petronas terus berkembang pesat dengan jayanya,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Ketibaan Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan di Menara Berkembar Petronas disambut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.

Turut hadir, Penasihat Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican; Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Bakke Salleh serta Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas, Liza Mustapha. – BERITA HARIAN/BERNAMA.

Loading...
Terkini