comscore
Tumpuan :
Nasional

PM mahu pembinaan rumah masyarakat Orang Asli didirikan mengikut cita rasa, budaya mereka

Oleh: Syafiqah Damanhuri

KLUANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembinaan rumah bagi penempatan masyarakat Orang Asli didirikan mengikut cita rasa dan budaya mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu kertas kerja telah diberi kepadanya selepas Mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

“Perdana Menteri telah memberikan satu kertas kerja kepada saya dan saya telah serahkan kepada Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Apa yang Perdana Menteri mahukan dan mengarah kepada saya bahawa rumah-rumah Orang Asli mesti didirikan sesuai dengan cita rasa mereka dan mengikut budaya dan latar belakang.

Perkara itu katanya dipersetujui secara dasar dan satu sesi penerangan akan dilakukan kepada semua Tok Batin di seluruh negara.

Beliau berucap di Program Tautan Kasih Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh, di sini.

Tambahnya, beliau turut mengarahkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk meluaskan jalan masuk ke kampung berkenaan.

“JKR kena buat itu nanti. Ini bukan janji pilihan raya, ini perintah.

“Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta jabatannya amat prihatin terhadap Orang Asli dan InsyaAllah apabila Akta Orang Asli 1954 ini siap akta baru, dasar pembangunan Orang Asli ini saya yakin kehidupan mereka akan terus bertambah lebih baik.”tambahnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini