comscore
Tumpuan :
Nasional

PM mahu SPRM teruskan usaha, komitmen hampir 6 dekad bersihkan negara daripada rasuah

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-57 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menerusi catatan di Facebook, beliau berharap suruhanjaya itu meneruskan usaha dan komitmen untuk membersihkan negara daripada rasuah.

“Selamat ulang tahun SPRM ke-57. Teruskan usaha dan komitmen selama hampir hampir enam dekad badan ini untuk membersihkan negara daripada rasuah,” catat Perdana Menteri.

SPRM yang menyambut ulang tahun penubuhannya semalam, diwujudkan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1967.-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini