comscore
Tumpuan :
Nasional

PM mengadap Agong sembah nama Timbalan Menteri

 

Oleh Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Kenderaan membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan memasuki Pintu 1, Istana Negara pada jam 4.07 petang.

Difahamkan Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi memaklumkan senarai Timbalan Menteri yang bakal dilantik untuk menyertai pentadbiran kerajaan diterajui beliau.

Ketika ditemui pemberita selepas selesai menunaikan solat jumaat tengahari tadi , Datuk Seri Anwar mengesahkan akan mengumumkan barisan Timbalan Menteri pada jam 8.15 malam ini.

Berita lanjut menyusul.

Loading...
Terkini