comscore
Tumpuan :
Nasional

PM menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Wisma Darul Iman pukul 3.40 petang bagi menghadiri Taklimat Pembangunan negeri Terengganu.

Ketibaan beliau disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusoff, Menteri Ekonomi,Rafizi Ramli, Menteri Perladangan dan Komodoti Datuk Seri Johari Ghani, dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Turut serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau dijangka menghadiri taklimat secara tertutup selama satu jam, sebelum menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024, di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini