comscore
Tumpuan :
Nasional

PM merafak sembah ucap tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Kedah

Foto: Anwar Ibrahim/ Facebook


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-82 Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, hari ini.

Menerusi catatan di X, Perdana Menteri berkata beliau mendoakan Sultan Salehuddin, Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat Kedah Darul Aman dengan adil dan saksama. Daulat Tuanku,” katanya.

Perdana Menteri hari ini mendahului senarai 238 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah yang diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Anwar dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (SSSK) yang membawa gelaran Dato’ Seri Diraja.– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

 
Loading...
Terkini