KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda ke-55 hari ini.
Menerusi catatan di Facebook, Anwar mendoakan ke hadrat Allah S.W.T semoga Duli Tuanku serta seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam penuh kedaulatan, selain terus dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.
“Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat. Daulat Tuanku,” katanya.
Sementara itu, Datuk Seri Anwar mendahului senarai 763 penerima darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Dalam istiadat di Istana Balai Besar, Perdana Menteri dikurniakan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama bagi darjah kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) dengan gelaran Seri Paduka.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.