comscore
Tumpuan :
Nasional

PM minta masyarakat Siam bantu perkukuhkan perpaduan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan perayaan Songkran kepada masyarakat Siam di Malaysia menyeru kumpulan itu untuk sama-sama menggerakkan seluruh tenaga dan usaha ke arah memperkukuh perpaduan dan kasih sayang antara rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Katanya menerusi hantaran di Facebooknya, kesepaduan yang kukuh adalah senjata paling ampuh untuk rakyat Malaysia merealisasikan perjuangan dan cita-cita mengangkat darjat watan ke tingkat tertinggi.

Songkran yang terkenal sebagai festival air adalah sambutan Tahun Baharu Thailand yang disambut selama tiga hari bermula 13 April setiap tahun. Gambar hiasan

Pada masa sama, beliau turut meminta supaya fitnah, prejudis dan sentimen yang memecah belah disingkirkan.

Songkran yang terkenal sebagai festival air adalah sambutan Tahun Baharu Thailand yang disambut selama tiga hari bermula 13 April setiap tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini