comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM minta Rafizi jelaskan isu PADU kepada Jemaah Menteri minggu depan

 

KUANTAN: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli diminta memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri berhubung isu pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) minggu depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia susulan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai sistem itu.

“Semalam saya sempat bincang dengan Premier Sarawak dan beliau menyuarakan beberapa kebimbangan serta membangkitkan beberapa persoalan.

“Sehubungan itu, Menteri Ekonomi diminta meneliti dan menjelaskannya kepada Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Kerajaan Negeri Sarawak agar pendaftaran dan kemas kini PADU di negeri itu ditangguhkan.

Perdana Menteri mengadakan jelajah mesra di Bazar Ramadan Mahkota Square di sini petang semalam. – Foto: Anwar Ibrahim / Facebook

Perdana Menteri ditemui media selepas mengadakan jelajah mesra di Bazar Ramadan Mahkota Square di sini petang semalam, yang turut disertai Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Media semalam melaporkan Kementerian Ekonomi akan mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak minggu depan bagi membincangkan isu pendaftaran PADU.

Rafizi berkata, arahan penangguhan pendaftaran PADU itu adalah bagi membolehkan Sarawak memperoleh penjelasan daripada Kementerian Ekonomi berdasarkan beberapa pandangan susulan mesyuarat Kabinet negeri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini