comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM nafi campur tangan arah SPRM panggil Muhyiddin

Oleh: Khairul Rizuan Azizan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan beliau ‘campur tangan’ dengan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memberi keterangan berkenaan penyalahgunaan dana kerajaan.

Tegasnya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM dan Jabatan Peguam Negara mengendalikan kes itu.

“Saya tidak campur tapi saya nak bagi tahu semua agensi termasuk SPRM dan Peguam Negara tengok kes. Jadi jika ada orang yang bersetuju ke tak bersetuju, tengok kes apa pendakwaan dan pertuduhannya. Kita belum tahu keputusan setakat ini dia hanya dipanggil,”katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya arahan SPRM memanggil Muhyiddin hanya bermotifkan politik .

“Tetapi untuk mengatakan semua kes yang kita ambil itu ada motif politik, kita tak bolehlah maknanya tangkap yang mana kes-kes rasuah lain yang besar-besar semua lepas.

Sebab itu saya kata kena lihat dulu ade kes atau tidak,” katanya selepas merasmikan Festival Taman Kuala Lumpur di ibu negara pagi tadi.

Ujarnya, sehingga kini beliau belum dimaklumkan sebarang maklumat terkini daripada SPRM berhubung perkara itu.

“Tapi saya nak tegaskan di sini semua orang yang mahu negara ini bersih daripada rasuah harus lihat kes satu per satu sama ada benar ada pendakwaan politik yang disebut atau pun berdasarkan fakta,” katanya.

Loading...
Terkini