KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual menyampaikan amanat Tahun Baharu kepada rakyat Malaysia, pada jam 9 malam ini.
Orang ramai boleh mengikuti amanat itu menerusi semua saluran media tempatan dan media sosial.
Melalui amanat itu, Perdana Menteri dijangka menyatakan berhubung matlamat dan hala tuju negara untuk 2025.
Selain itu, Perdana Menteri juga akan menyentuh mengenai sorotan usaha dan pencapaian pentadbiran kerajaan MADANI sepanjang tahun ini.
Semalam, melalui laman sosialnya, Perdana Menteri turut menguar-uarkan mengenai amanat yang akan disampaikan dengan berharap usaha dan khidmat yang direncana negara akan terus melimpahkan rahmat buat rakyat serta negara.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.