comscore
Tumpuan :
Nasional

PM sampaikan Perutusan Negara, 9 malam ini

Foto: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Perutusan Negara secara langsung, pada jam 9 malam ini.

Beliau dijangka menerangkan mengenai pelbagai isu berkaitan dalam dan luar negara kepada seluruh rakyat Malaysia, di saluran media tempatan.

“Ruang ini akan saya manfaatkan untuk menerang serta mencerahkan mengenai pelbagai isu dalam dan juga luar negara.

“Mohon rakan-rakan ikut serta, Insya-Allah,” katanya seperti yang disiarkan di laman sosial rasminya hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini