comscore
Tumpuan :
Nasional

PM sampaikan sumbangan kepada isteri wartawan TV3, hidap ‘hyperthyroidism’

 

Foto: Anwar Ibrahim/ Facebook

PETALING JAYA: Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada isteri wartawan TV3, Fareez Azman, yang menghidap ‘hyperthyroidism’ sehingga disahkan mengalami ‘thyroid storm’ oleh doktor pakar.

Ia  bagi meringankan kos perubatan yang ditanggung.

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau diwakili Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi.

“Situasi yang dialami isteri saudara Fareez amat membimbangkan kerana jantungnya terjejas, menyebabkan doktor menasihatkan agar segera menjalani pembedahan membuang thyroid untuk merawat penyakit ini.

“Saya mendoakan semoga isteri saudara Fareez dikurniakan kesembuhan seperti sediakala, Insya-Allah.” katanya.

Dalam pada itu, Fareez yang dihubungi Buletin TV3 mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas keprihatinan Perdana Menteri dan Setiausaha Politik kerana meluangkan masa menziarahi isterinya di hospital.

“Kedatangan wakil Perdana Menteri menyuntik semangat buat kami, terutama isteri saya untuk cepat sembuh. Ketika ini, isteri saya dalam proses penyembuhan dan dijangka akan discaj hospital dalam waktu terdekat.

“Terima kasih juga kepada pihak Pengurusan Media Prima Berhad yang banyak membantu saya dan isteri selama di hospital.” katanya kepada Buletin TV3.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini