comscore
Tumpuan :
Nasional

PM sampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa pokok tumbang 

 

Foto: Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada isteri Allahyarham Md Rizal Atan yang maut ditimpa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail pada 7 Mei lepas.

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi keluarga Allahyarham semalam.

“Pemergian Allahyarham meninggalkan isteri dan empat orang anaknya berusia 9 hingga 14 tahun yang masih bersekolah.

“Saudara Farhan sampaikan ucapan takziah bagi pihak saya kepada isteri Allahyarham yang kelihatan tenang dan tabah sepanjang pertemuan, namun pasti hanya Allah mengetahui gejolak dalam jiwanya,” katanya.

Datuk Seri Anwar turut mendoakan agar Allahyarham Md Rizal ditempatkan bersama orang-orang beriman dan urusan keluarganya dipermudah dan diberi kekuatan menempuh dugaan.

Dalam kejadian pada 7 Mei, Md Rizal yang bekerja sebagai pemandu sejak 2018 meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke sebuah hotel untuk menjemput tetamu syarikat majikannya, selepas terlibat dalam insiden pokok tumbang terbabit.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini