comscore
Tumpuan :
Nasional

PM sedia kemuka bukti lupus hutang Felda

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di majlis Sambutan Maal Hijrah Perpaduan Tanjong Karang.

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

TANJUNG KARANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia membuktikan bahawa beliau menandatangani dokumen pelupusan hutang Felda. Katanya, beliau akan meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) untuk mengeluarkan dokumen yang ditandatangani beliau pada 27 Jun lalu sebelum beliau berangkat ke Vietnam hari ini.

“Tak payah 24 jam, 12 jam pun saya boleh (kemuka bukti), memang saya tandatangan pada 27 haribulan, dia (Muhyiddin) tak buat kerja, tak tahu.

Dia cabar begitu, kalau saya tunjuk bukti saya tandatangan, dia (Muhyiddin) kena minta maaf, saya tandatangan pada 27 haribulan, saya ingat, dia harus minta maaf, 27 Jun, (sebanyak) RM997 juta.

Dia senang tuduh-tuduh, Dia (Muhyiddin) senang sahaja tuduh bohong, kemudian baru dia cabar minta fakta. Kemudian, insya-Allah sebelum saya ke Vietnam esok (hari ini), saya telefon KSP untuk keluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Perpaduan Tanjong Karang, di sini semalam.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut Perdana Menteri membuat permohonan maaf tanpa syarat dan terbuka secara bertulis susulan kenyataan mendakwa hutang peneroka Felda tidak pernah dilupuskan di bawah pentadbirannya.

Tuntutan tersebut dikemukakan dalam surat bertarikh 18 Julai menerusi firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership.

Loading...
Terkini