comscore
Tumpuan :
Nasional

PM seru rakyat lawan pihak yang cuba melagakan dan merendahkan darjat sesiapa

PUTRAJAYA: Golongan pekerja diajak bangkit dan melawan mana-mana pihak yang sengaja melagakan dan merendahkan darjat sesiapa sahaja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan pihak terbabit yang menghina kaum dan agama selain menafikan hak rakyat tidak perlu dilayan sama sekali.

“Saya harap dan mohon pengertian anak-anak semua hentikan kalau ada suara-suara yang cuba melaga-lagakan kita, merendahkan darjat sesiapa.

“Saudara harus bangkit dan lawan dengan penuh kekuatan,” tegas beliau dalam ucapannya pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul…

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini