comscore
Tumpuan :
Nasional

PM Solat Jumaat di Masjid Jamek Sri Petaling

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Jamek Sri Petaling, Bandar Baru Sri Petaling di sini, hari ini.

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Jamek Sri Petaling, Bandar Baru Sri Petaling di sini, hari ini.

Anwar yang tiba jam 1.08 tengah hari tadi lengkap berbaju melayu biru muda dan sampin, sempat meluangkan masa sebentar bersalaman dengan jemaah, sebelum menunaikan solat sunat.

Ketibaan Perdana Menteri disambut jemaah dan jemaah tabligh yang menunggu kehadiran beliau sejak jam 12.30 tengah hari tadi.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) Datuk Mohd Ajib Ismail.

Selesai solat, Anwar meluangkan masa hampir 20 minit menikmati sajian makan tengah hari sebelum bergerak keluar jam 2.33 petang dari perkarangan masjid.

Loading...
Terkini