comscore
Tumpuan :
Nasional

PM solat sunat Aidiladha bersama jemaah di Putrajaya

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 20,000 jemaah di Masjid Putra di sini pagi tadi.

Perdana Menteri yang lengkap berbaju melayu biru muda tiba di masjid berkenaan pada jam 7:50 pagi.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, turut dilihat hadir bersama.

Selain itu, turut kelihatan adalah bekas Perdana Menteri ke-4 dan 7, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tiba pada jam 7:58 pagi.

Solat sunat dipimpin Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali, itu turut disertai Timbalan Menteri Agama, Senator Zulkifli Hassan.

Sejak jam 7 pagi, pekarangan Masjid Putra mula dipenuhi orang awam termasuk pelancong asing yang tidak melepaskan peluang untuk melihat dari dekat suasana solat sunat Aidiladha.

Khutbah Aidiladha bertajuk ‘Aidiladha dan Kepedulian Sosial’ dibacakan Salahuddin antaranya menyentuh ibadah yang disyariatkan dalam sambutan Aidiladha.

Solat sunat Aidiladha di Masjid Putra bermula pada jam 8:20 pagi dan disertai jemaah yang terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa.

Sebelum beredar, Perdana Menteri sempat meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini