Tumpuan :
Nasional

PM tangguh program di Terengganu, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir

FOTO: Anwar Ibrahin / Facebook

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan program beliau di Tasik Kenyir, Terengganu, yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini, untuk memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat yang berdepan bencana banjir.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Parlimen, setelah selesai menghadiri sesi soal jawab hari ini.

“Mengambil kira situasi banjir terkini yang kian meruncing di Terengganu, saya memutuskan untuk menangguhkan dahulu rencana itu.

“Saat ini, kepedulian terhadap kebajikan rakyat yang terkesan dengan bencana ini menjadi keutamaan dan perlu diuruskan sebaiknya,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Anwar turut mendoakan agar mangsa banjir di semua negeri yang terlibat terus tabah dalam mendepani musibah itu.-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini