comscore
Tumpuan :
Nasional

PM terima kunjungan pemimpin NGO, organisasi belia

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada wakil beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi belia, di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Pertemuan itu melibatkan Presiden World Assembly Of Youth (WAY), Datuk Seri Idris Haron, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Naib Presiden Asian African Youth Government (AAYG), Dr Jufitri Joha dan Presiden Benevolent Malaysia (Malaysia Pemurah), Muhammad Hanapi Jamaludin.

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

“Pertemuan ini perbincangan meliputi perkembangan dan peranan organisasi tersebut (WAY) dan membincangkan hala tuju kepimpinan belia pada masa kini dan pada masa hadapan, serta perancangan aktiviti utama organisasi belia di peringkat glokal.

“Saya juga sempat menitipkan sedikit amanat kepada bakal-bakal pemimpin belia, generasi anak muda ini dalam menerajui organisasi masing-masing,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam masa sama, Datuk Seri Anwar turut menzahirkan harapan supaya Malaysia dapat melahirkan golongan belia dan pelapis belia yang sentiasa bersedia menghadapi apa jua cabaran, ujian, keadaan, situasi dan rintangan pada masa kini dan hadapan seperti yang digariskan dalam Model Pembangunan Belia MADANI (MPBM) 2030.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini