comscore
Tumpuan :
Nasional

PM terima kunjungan Ustaz Abdul Somad 

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni pendakwah nusantara, Ustaz Abdul Somad yang dijemput ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, semalam.

Berkongsi dalam hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata, beliau menjemput Ustaz Abdul Somad singgah di pejabatnya selepas selesai solat Jumaat.

Menerusi pertemuan itu, kedua-duanya berbual dan saling bertukar fikiran mengenai kegiatan dakwah di Malaysia serta Indonesia.

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

“Selepas solat Jumaat bersama, saya jemput Ustaz Abdul Somad untuk singgah ke pejabat saya. Selain perbualan santai, kami turut menekuni perihal kegiatan dakwah antara dua negara akrab

“Malaysia-Indonesia serta usaha dalam mempertingkatkannya ke tahap yang lebih bermakna”.katanya menerusi hantaran di laman sosial facebook.

Semalam, Perdana Menteri dan Ustaz Abdul Somad menunaikan solat Jumaat di Surau Nurul Ikhlas di Seri Kembangan selepas makan tengah hari di Restoran Singgah Rassa, berhampiran surau terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini