comscore
Tumpuan :
Nasional

PM terima Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

Foto: Jabatan Perkhidmatan Awam/ Facebook

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Laporan itu diserahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Jabatan Perkhidmatan Awam melalui perkongsian di Facebook memaklumkan, Perdana Menteri terdahulu mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 1/2024 yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra.

“Fokus utama mesyuarat sudah tentul penumpuan terhadap inisiatif yang boleh menyumbang ke arah meningkatkan pendapatan boleh guna penjawat awam.

“Di akhir mesyuarat, Ketua Setiausaha Negara bersama KPPA menyerahkan Laporan Interim 1 Kajian SSPA kepada Perdana Menteri,” kata kenyataan itu.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan penuh SSPA akan dibuat sepenuhnya bermula 2025.

Foto: Jabatan Perkhidmatan Awam/ Facebook

Bagi tujuan itu, kajian berhubung sistem saraan itu dijalankan secara menyeluruh, yang memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam.

Ia menerusi penggunaan teknologi dan kemahiran modal insan, prestasi penjawat awam dari aspek produktiviti yang mewajarkan gaji setimpal kepada penjawat awam, kesejahteraan penjawat awam dalam menangani kos sara hidup dan kemampanan fiskal negara dalam membiayai perbelanjaan berkaitan perkhidmatan awam.

Loading...
Terkini