comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM tiba di bangunan UMNO untuk mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan

Oleh Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn pada jam 7.42 malam.

Kehadiran beliau di situ adalah selepas kira-kira 25 tahun tidak menjejakkan kakinya di sana.

Beliau dijadualkan mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada jam 8.30 malam ini.

Mesyuarat malam ini juga akan dihadiri pemimpin utama UMNO dan Barisan Nasional (BN), termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut dijangka hadir, pemimpin utama parti Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta WARISAN.

Ahmad Zahid siang tadi menjelaskan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam ini antaranya membincangkan mengenai pelaksanaan manifesto atau akujanji parti gabungan membentuk kerajaan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata perbincangan itu akan menjurus kepada mencari titik persamaan agenda rakyat dalam manifesto parti gabungan.

Laporan lanjut menyusul

Loading...
Terkini