Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura kira-kira jam 10:30 pagi tadi dalam rangka lawatan kerja sehari ke republik itu.
Video: Pejabat Perdana Menteri Malaysia pic.twitter.com/8CCkRuO5gh
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 13, 2023
SINGAPURA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura kira-kira jam 10:30 pagi tadi dalam rangka lawatan kerja sehari ke republik itu.
Ketibaan beliau diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Perdana Menteri dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Milken Institute di sini.
Beliau akan menyertai dua sesi khas pada sidang kemuncak itu iaitu ‘A Conversation with the Prime Minister of Malaysia’ dan ‘Malaysia’s Investment Outlook: A Conversation between Prime Minister and Global Investors.’

Datuk Seri Anwar dijangka berkongsi pandangan dalam isu-isu semasa termasuk dalam bidang ekonomi politik, sosial dan meningkatkan hubungan perdagangan dan dua hala.
Selain itu, beliau turut akan berkongsi peluang pelaburan dan perniagaan di Malaysia dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara.
Perdana Menteri turut dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, dalam sesi minum petang sebelum mengakhiri lawatannya ke Singapura.