comscore
Tumpuan :
Nasional

PM tunai solat Jumaat bersama masyarakat Kg Kubu Gajah

 

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

SUNGAI BULOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh.

Ketibaan beliau di perkarangan masjid kira-kira jam 1.10 petang tadi disambut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Turut hadir Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan serta Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

Perdana Menteri kemudian mendengar khutbah bertajuk ‘Amaran Jangan Kembali Buat Maksiat Selepas Ramadan’ yang disampaikan Imam 2, Abdul Hafiz Mohd Asari.

Abdul Hafiz dalam khutbahnya mengingatkan umat Islam supaya memelihara hati dan anggota badan dengan amal kebaikan selain menghindari kemaksiatan serta kejahatan meski Ramadan sudah berlalu.

“Janganlah berubah ketaatan kepada Allah dengan kemaksiatan dengan sebab bertukar masa, keadaan dan tempat. Jangan beranggapan Ramadan pergi, maka bebas apa sahaja hendak dibuat pada bulan Syawal ini.

“Marilah kita sama-sama pada bulan Syawal dan seterusnya sampai akhir hayat mengekalkan istiqamah dan semangat Ramadan dalam beribadah,” katanya.

Selepas solat, Anwar yang berbaju Melayu berwarna biru muda mengambil kesempatan bersalaman dan beramah mesra dengan para jemaah.

Sebelum beredar, beliau turut mengagih sumbangan duit raya kepada kanak-kanak

Loading...
Terkini