comscore
Tumpuan :
Nasional

PM ucap tahniah atas pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak 

Foto: Anwar Ibrahim / Facebook

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau turut mendoakan agar pengalaman bekas Yang Dipertua Dewan Negara dan Ahli Parlimen Santubong itu mampu memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.

“Menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak di Istana Negara yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Tahniah saya ucapkan kepada Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pelantikan ini dengan doa semoga khidmat dan pengalaman panjang Tun dihargai serta dimanfaatkan rakyat terutamanya rakyat Sarawak,” kata beliau.

Tun Dr Wan Junaidi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang memegang jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh selama 10 tahun sejak Mac 2014.

Pelantikan Tun Dr Wan Junaidi  sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak dibuat mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun dari 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028.

Loading...
Terkini