comscore
Tumpuan :
Nasional

PM ucap tahniah kepada Presiden baharu Singapura

Facabook: Tharman Shanmugaratnam

Oleh: Juliana Sharin

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Tharman Shanmugaratnam atas pelantikannya sebagai Presiden Singapura.

Datuk Seri Anwar mendoakan agar hubungan dua hala dan jalinan kerjasama di antara Malaysia dan Singapura terus utuh dalam semangat kekeluargaan yang mampu membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

“Selamat maju jaya kepada Tharman Shanmugaratnam sebagai Presiden baharu Republik Singapura!,” tulis Datuk Seri Anwar dalam catatan di Facebooknya.

Beliau turut mengharapkan Singapura terus makmur dan sejahtera di bawah pimpinan Tharman.

Tharman dipilih sebagai ketua negara baharu Singapura selepas memenangi pilihanraya Presiden dengan majoriti yang ketara pada Jumaat lalu.

Tharman menerima 70.40 peratus undi sementara bekas Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan GIC Pte Ltd, Ng Kok Song dengan 15.72 peratus undi manakala bekas Ketua Eksekutif NTUC Income Insurance Co-operative Ltd, Tan Kin Lian mendapat 13.88 peratus undi.

Tharman, 66 tahun, telah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura antara 2011 dan 2019 dan sebagai Menteri Kanan dalam Kabinet antara 2019 dan 2023.

Beliau turut berperanan sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kewangan Singapura antara 2011 dan 2023, dan Timbalan Pengerusi GIC antara 2019 dan 2023.

Loading...
Terkini