comscore
Tumpuan :
Nasional

PM ucap tahniah sempena ulang tahun Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-76 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebook, beliau mendoakan Tuanku Muhriz; Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat serta hidayah oleh Allah SWT.

Selain terus diberi keafiatan, kesejahteraan dan penuh kedaulatan.

Loading...
Terkini