comscore
Tumpuan :
Nasional

PM Ucap Tahniah U-Wei Terpilih Ketua Juri Festival Filem Antarabangsa Moscow

FOTO : Ismail Sabri Yaakob / Facebook

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada pengarah filem tersohor negara U-Wei Saari yang dipilih mewakili Malaysia sebagai ketua juri di Festival Filem Antarabangsa Moscow, Rusia yang berlangsung bulan lepas.

Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata pemilihan U-Wei merupakan satu penghormatan kepada dunia perfileman negara.

“Syabas kerana memperkasa dan mengantarabangsa Bahasa Melayu dengan menyampaikan ucapan dan mengumumkan pemenang dalam Bahasa Melayu di Moscow,” katanya.

U-Wei memecahkan tradisi Festival Filem Antarabangsa Moscow apabila menyampaikan ucapan dan mengumumkan pemenang dalam Bahasa Melayu sekali gus dilihat memartabatkan bahasa ibunda. – BERNAMA

Loading...
Terkini