comscore
Tumpuan :
Nasional

PM ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Khalid Ali

Foto: Anwar Ibrahim/ Facebook

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak negara Khalid Ali, yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, jam 3.05 petang tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut mendoakan agar keluarga Allahyarham sabar dan tabah atas pemergian Allahyarham.

“Terkenang kehebatan Allahyarham ketika menyarung jersi kebangsaan, terutama ketika membantu skuad kebangsaan layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow. Terima kasih atas jasa dan usaha mengharumkan nama negara.

“Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.

Pemergian Khalid, 66, selepas hampir setahun berjuang melawan kanser paru-paru disahkan adiknya Datuk Zainal Abidin Hassan, yang memaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumi di Tanah Perkuburan AU4 di Lembah Keramat di sini, selepas Maghrib hari ini.

Allahyarham pernah mewakili negara dari 1977 hingga 1985 dan membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

|ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini