comscore
Tumpuan :
Nasional

PM ucap takziah kepada keluarga Raja Petra

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga penulis blog Raja Petra Kamarudin yang meninggal dunia di United Kingdom, malam tadi.

Perkara itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini.

“Takziah kepada keluarga blogger Raja Petra Kamarudin atau RPK yang dilaporkan telah dijemput Ilahi malam tadi di Manchester, United Kingdom.

“Saya turut berduka dan mendoakan agar rohnya diberi keampunan oleh Allah SWT dan keluarganya diberi ketabahan serta tahap kecekalan yang tinggi, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri.

Dilahirkan pada 27 Sept 1950 di Surrey, England, Raja Petra mengendalikan laman web Malaysia Today  yang menyiarkan pandangannya mengenai politik Malaysia.

Allahyarham pernah menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Victoria Institution.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini