comscore
Tumpuan :
Nasional

PM ucap takziah pemergian pendakwah Rasul Dahri

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pendakwah dari Singapura, Rasul Dahri yang dilaporkan meninggal dunia malam tadi.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau berkata, Allahyarham merupakan antara alumni Yayasan Anda Akademik Malaysia (YAA) iaitu sebuah yayasan yang digerakkan pemimpin belia dan mahasiswa pada sekitar 70-an yang diketuai Datuk Seri Anwar ketika itu.

“Takziah kepada keluarga pendakwah Ustaz Rasul Dahri yang dikhabarkan telah meninggal dunia. Beliau juga adalah antara alumni di Yayasan Anda suatu ketika dulu.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya dan rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” kata Perdana Menteri.

Terdahulu, berita pemergian pendakwah itu dimaklumkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu hantaran di Facebook dan difahamkan Allahyarham meninggal dunia disebabkan keuzuran.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini