comscore
Tumpuan :
Nasional

PM umum bantuan kepada mangsa tanah runtuh

Orang ramai melihat cerun yang runtuh di Batang Kali. – FOTO: AFP

HULU SELANGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan bantuan kepada semua mangsa runtuhan tanah di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat memaklumkan kerajaan mengucapkan takziah kepada waris mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.

“Anwar akan datang malam ini selain mengumumkan perincian bantuan kerajaan kepada mangsa yang maut, cedera dan belum ditemui.

“Secara rasmi seperti dimaklumkan tadi, keseluruhan mangsa seramai 94 orang dan 21 disahkan maut, manakala 12 lagi belum ditemui. Kita doa mudah-mudahan ada yang selamat.

“Saya dimaklumkan terdapat dua aliran air bawah tanah (di tempat runtuhan). Ini dapatan awal daripada siasatan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Galian,” katanya hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Loading...
Terkini