comscore
Tumpuan :
Nasional

PM utus tahniah kepada pasukan sepak takraw negara

Pasukan sepak takraw lelaki negara meraikan kemenangan berganda selepas menewaskan Thailand pada final regu dan double Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa. – FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan sepak takraw Malaysia yang meraih kemenangan apabila menewaskan Thailand pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, malam tadi.

“Satu pencapaian yang membanggakan dan luar biasa! Tahniah pasukan sepak takraw Malaysia! Moga kemenangan ini akan mendorong lebih banyak kejayaan pada masa akan datang!” menurut Anwar dalam catatan melalui Facebook beliau.

Skuad negara menjuarai acara double dan regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan mengalahkan Thailand 2-0 pada aksi final di Stadium Titiwangsa di sini malam tadi.

Perdana Menteri ketika ini berada di Tokyo, Jepun untuk melakukan lawatan kerja selama tiga hari. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini