comscore
Tumpuan :
Nasional

PM ziarah Menteri Besar Pahang di IJN

 

Foto: Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau memaklumkan, keadaan Datuk Seri Wan Rosdy semakin baik ketika beliau melawatnya tengah hari tadi.

“Alhamdulillah saya berkesempatan menziarahi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tengah hari tadi.

“Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik selepas menjalani prosedur pembedahan dan kini dalam pemantauan pakar perubatan di IJN,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar turut menyatakan beliau menziarahi Tengku Datuk Muhammad Ibni Sultan Abu Bakar, bapa saudara kepada Sultan Pahang serta bekas pelajarnya di Yayasan Anda, Basuki Yusof.

Beliau mendoakan mereka dikurniakan afiyah dan segera diberi kesembuhan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini