comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: PN bentuk kerajaan campuran tapi “No PH”, kata Muhyiddin 

 

PETALING JAYA : Perikatan Nasional (PN) yang menang  73 kerusi parlimen setakat ini bersedia menubuhkan kerajaan campuran dengan gabungan lain, kecuali Pakatan Harapan, kata pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berharap perbincangan penubuhan kerajaan antara PN dan parti lain termasuk Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah boleh dimuktamadkan esok selaras dengan kehendak Istana Negara.

“Kita sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang sealiran dengan kita..dengan parti Sabah dan Sarawak juga…tapi bukan dengan PH,” kata beliau di sambut sorakan penyokong gabungan itu.

Beliau menegaskan kerajaan yang bakal ditubuhkan akan dipimpin PN, namun tidak mengulas sama ada beliau akan dicalonkan sebagai perdana menteri.

PN sebelum ini mengangkat Tan Sri Muhyiddin sebagai calon perdana menteri. Beliau menerajui kerajaan PN selama 17 bulan sebelum diganti oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ogos lalu.

Pada sidang media itu, Tan Sri Muhyiddin berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan UMNO tertakluk kepada perbincangan pucuk pimpinan PN.

“Saya dah buat kenyataan..kita bersedia bekerja dengan mana-mana parti, saya tak sebut Umno khususnya,” tambah beliau di sambut dengan teriakan “Tolak Zahid” beberapa kali. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah presiden UMNO dan pengerusi Barisan Nasional.

Loading...
Terkini