comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PN rampas Padang Serai, tewaskan PH majoriti 16,260 undi

Foto: NSTP

PADANG SERAI: Perikatan Nasional (PN) rampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang dilangsungkan siang tadi.

Calon PN, Datuk Azman Nasrudin menang dengan majoriti 16,260 undi mengalahkan saingan terdekat, Dr Mohamad Sofee Razak daripada PH.

 

PRU-15 di Padang Serai yang sepatutnya berlangsung pada 19 November lalu ditangguhkan susulan kematian calon disahkan bertanding, iaitu M Karupaiya, 69, daripada PH yang juga penyandang kerusi, dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Pertembungan enam penjuru di kerusi berkenaan turut membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk C Sivaraajh, calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Hamzah Abd Rahman; calon Parti Warisan (WARISAN), Mohd Bakhri Hashim dan calon Bebas, iaitu Sreanandha Rao.

DISYORKAN UNTUK ANDA
PRU15: Calon sah bertanding Parlimen Padang Serai, DUN Tioman diketahui hari ini
PRU-15: Calon WARISAN masih dalam perebutan kerusi Parlimen Padang Serai
SPR sasar 60 hingga 75 peratus keluar mengundi di Padang Serai dan Tioman
SPR sasar 60-75 peratus keluar mengundi Parlimen Padang Serai, DUN Tioman

Bagaimanapun, pada 2 Disember lalu, BN dan calonnya bersetuju memberi laluan kepada PH di kerusi Parlimen berkenaan.

Berita lanjut menyusul.

Loading...
Terkini