comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan itu 

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk menolak permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyertai gabungan itu.

 

Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan media Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, hari ini.

Keputusan itu katanya dibuat dalam mesyuarat  dipengerusikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta dihadiri kepimpinan tertinggi komponen parti PN.

“Majlis Tertinggi PN telah membuat keputusan menolak permohonan kemasukan Parti Pejuang Tanah Air ke Perikatan Nasional,” jelasnya.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 2 Mac lalu memberitahu parti itu telah memohon untuk menjadi anggota komponen dalam PN.

Permohonan itu ujarnya telah dihantar kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PN.

Loading...
Terkini