comscore
Tumpuan :
Nasional

PN umum calon DUN Tioman esok

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Pahang akan mengumumkan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Kuala Rompin, Rompin esok.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar, berkata pengumuman calon akan dilakukan di Kuala Rompin pada jam 9 malam esok.

“Sebenarnya ada tiga nama calon dan pengumuman rasmi calon akan diumumkan esok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 19 November lalu, Md Yunus Ramli iaitu calon Pahang DUN Tioman meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Berikutan itu, pengundian bagi kerusi Dun Tioman pada PRU-15 pada 19 November itu ditangguhkan.

Allahyarham Md Yunus berdepan saingan lima penjuru yang turut membabitkan calon daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussain, Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan (PH), Osman A Bakar (Pejuang) serta Sulaiman Bakar (Bebas).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari penamaan calon ditetapkan Khamis ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan manakala hari pengundian PRU-15 bagi kerusi DUN Tioman pada 7 Disember depan.

Loading...
Terkini