comscore
Tumpuan :
Nasional

Pokok Sena, daerah terpanas di Malaysia semalam – METMalaysia

Pokok Sena berada dalam kategori amaran cuaca panas tahap dua semalam. – -FOTO METMalaysia

KUALA LUMPUR: Daerah Pokok Sena di Kedah dikategori mengalami gelombang haba selepas merekodkan status cuaca panas tahap dua, semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran cuaca panas tahap dua berlaku apabila suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Katanya, daerah merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga turut meningkat dengan 23 daerah disenarai dalam kategori terbabit semalam.

Selain ibu negara, kawasan merekodkan status cuaca panas tahap satu di Semenanjung ialah Perlis; Pulau Langkawi, Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Yan, Pendang dan Baling di Kedah; Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Timur Laut di Pulau Pinang; Kuala Kangsar di Perak; serta Petaling dan Sepang di Selangor.

Katanya, Beaufort di Sabah dan Limbang di Sarawak turut tersenarai dalam kategori itu.

“Cuaca panas tahap satu pula dikeluarkan apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” kata hantaran itu.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini