comscore
Tumpuan :
Nasional

Pokok Sena di Kedah rekod cuaca panas tahap 2, 19 kawasan seluruh negara rekod cuaca panas tahap 1

KUALA LUMPUR: Pokok Sena di Kedah muncul satu-satunya daerah diletakkan dalam kategori amaran gelombang haba atau at cuaca panas tahap 2.

Menurut Meteorologi Malaysia (METMalaysia) amaran cuaca panas tahap dua (gelombang haba) berlaku apabila suhu maksimum harian dicatatkan melebihi 37 hingga 40 darjah Celsisus sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan METMalaysia pada jam 4.40 petang tadi, 19 kawasan di seluruh negara, 19 kawasan di seluruh negara merekodkan amaran cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga hari ini.

Daripada jumlah itu, 17 kawasan terletak di semenanjung.

Ia melibatkan seluruh Perlis; 8 kawasan di Kedah; 4 kawasan di Pulau Pinang; 3 di Perak dan 1 di Selangor.

Di Sabah, kawasan terlibat hanya di Beaufort manakala di Sarawak, Limbang muncul kawasan pertama mencatat cuaca panas tahap satu.

Cuaca panas tahap satu dikeluarkan apabila suhu maksimum harian dicatatkan antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.

Loading...
Terkini