comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pokok tumbang hempap kenderaan sedang bergerak

 


BANDA HILIR: Sekurang-kurangnya sebuah kereta terperangkap selepas sebatang pokok besar tumbang di Jalan Bukit Sejuang menghala ke Jalan Hujung Pasir di sini petang tadi.

Pemandu dan penumpang kereta terselamat.

Menurut polis, kejadian berlaku kira-kira jam 3.10 petang.

Seorang penunggang motosikal dilaporkan cedera ringan akibat terlanggar wayar yang jatuh di atas jalan raya.

Dia kemudian telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Berdasarkan rakaman video yang tular, ketika kejadian, angin kencang dan langit mendung.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banda Hilir dengan kerjasama anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berjaya memotong dan membuang semua batang dan dahan pokok yang menutupi jalan itu.

Menurut penduduk setempat, pokok yang tumbang itu berusia sekurang-kurangnya 50 tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini