comscore
Tumpuan :
Nasional

Pokok tumbang nyaris hempap kenderaan bawa Ketua Menteri Melaka 

 

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian pokok tumbang sehingga hampir menghempap kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank, di sini petang ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi berkata, sebarang perkembangan pihaknya akan memaklumkan dalam masa terdekat.

“Ya kita sahkan, ada kejadian. Sebarang perkembangan kita akan maklum,” katanya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur memaklumkan tiada panggilan kecemasan diterima pihaknya berhubung kejadian pokok tumbang itu.

“Bagaimanapun, jentera tetap dihantar ke lokasi untuk bantuan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, hujan lebat di ibu negara menyebabkan satu lagi kejadian pokok tumbang berlaku di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini petang ini.

Kejadian itu tular di laman sosial yang memaparkan pokok tumbang sebelum menghempap beberapa kenderaan.

Kejadian pokok tumbang itu turut hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka.

Bagaimanapun, keadaan beliau dan kenderaan yang dinaiki jenis Lexus 350 dilaporkan dalam keadaan selamat.

Menurut Pegawai Media Ketua Menteri Melaka, Shahnor Samsudin, ketika kejadian rombongan Ab Rauf sedang melalui kawasan itu untuk menghadiri satu urusan rasmi di ibu kota.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini