comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis akan panggil penganjur WMMY

 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung penganjuran perhimpunan Women’s March Malaysia (WMMY) 2024 yang diadakan di ibu kota, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata, pihaknya akan memanggil penganjur bagi siasatan lanjut.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan penganjur akan dipanggil.

Media semalam melaporkan, lebih 200 orang menyertai perarakan WMMY 2024 di Kuala Lumpur, untuk mengangkat agenda wanita sejagat.

Sebelum ini, Aktivis Hak Asasi Manusia, Maria Chin Abdullah mendakwa polis enggan menerima notis daripada penganjur untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkan tindakan itu melampaui garis kuasa serta tidak boleh diterima.

Susulan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid menafikan dakwaan terbabit.

Beliau dilaporkan berkata, penganjur ada menghantar notis pemakluman kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 1 Mac lalu, namun dikembalikan selepas 14 perkara yang harus dinyatakan oleh penganjur tidak lengkap.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis sudah memanggil mereka bagi melengkapkan notis pemakluman sebelum menyerahkannya kepada polis.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini