comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Polis buka kertas siasatan, kereta rempuh motosikal di Johor Bahru

Tangkap layar dari video kemalangan berdurasi 20 saat yang tular

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PETALING JAYA: Tular video berdurasi kira-kira 20 saat sebuah kereta merempuh motosikal dari arah Pandan menghala ke pusat bandar Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan ke atas satu kes kemalangan yang melibatkan 2 buah kenderaan di KM 7 Johor Bahru-Kota tinggi.

Katanya penunggang motosikal hanya mengalami kecederaan kecil di badan, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kejadian ini berlaku pada 27 mei 2023 jam lebih kurang 0900hrs di mana sebuah m/kar yang dipandu oleh seorang lelaki warganegara tempatan berusia 30-an yang datang dari arah pandan menghala ke pusat bandar johor bahru apabila sampai di km 7 JB-Kota Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

“Kereta tersebut telah mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong tengah dan telah hilang kawalan lalu melanggar (1) buah motosikal yang ditungang oleh seorang warganegara tempatan berusia 40-an.”

Kes disiasat dibawah seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini