comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis buru empat lelaki, kes lelaki mati ditembak di kepala

KUALA LANGAT: Polis giat memburu empat individu untuk siasatan kes seorang lelaki yang ditemui maut dengan empat kesan tembakan berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, di sini, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, berdasarkan maklumat saksi kejadian, terdapat empat lelaki menaiki dua motosikal dan memakai topi keledar dengan cermin gelap berada di lokasi ketika kejadian tembakan berlaku.

“Usaha mengesan mereka ini masih dalam tindakan pihak polis.

“Motif kejadian juga masih dalam siasatan dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam pada Khamis, mangsa berusia 39 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dengan kesan empat tembakan di kepala.

Pemeriksaan pasukan forensik polis Kontinjen Selangortelah menemui lima kelongsong peluru.

Semakan mendapati mangsa mempunyai 13 rekod lampau atas pelbagai kesalahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.

Loading...
Terkini