comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis buru lelaki samun kedai runcit guna parang

Oleh: Hilmi Abdul Malik 

PETALING JAYA: Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai menyamun sebuah kedai runcit di Jalan Seroja, Bukit Sentosa, Rawang, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, suspek yang bersenjatakan parang itu bertindak memecahkan mesin pengira wang sebelum melarikan diri.

Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari ketika mangsa sedang berniaga di kedai runcit berkenaan.

“Suspek telah melarikan wang tunai sekitar RM300 bersama dua telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM3,800.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini